Assalamualaikum
Ena nak share ilmu baru dan ilmu ni ena kira sangat berbaloi terutama untuk mereka yang menajalankan perniagaan dari rumah iaitu cara print consignment note pos laju dari website.
Apa tujuan nak print consignment note pos laju sendiri?
1) Jika kita menggunakan khidmat pos laju on-demand-pick up (ODP) , iaitu salah satu khidmat yang pos laju tawarkan . Pengalaman ena, jika takde slip CN ni, posmen yang ditugaskan untuk pick up barang tak akan ambil barang kita
2) Menjimatkan masa ketika berada di pos laju, so that tak perlu berlama2 di pos laju ,nak menulis alamat customer di sana makan masa juga kan. Boleh siap2 tulis dari rumah. Terutama jika bawak anak ke pos laju kan, kalut juga kan nak tulis alamat lagi nak control anak lagi..hihi
Cara-cara nak print consignment note pos laju
1) Buka website POS LAJU
2) Klik'Track & Trace'
3) Pilih'Create Consignment Note'
4) Kemudian akan keluar paparan dan ruang untuk tulis alamat pengirim dan penerima
5) Selepas isi borang alamat pengirim dan penerima, klik 'Create Consignment Note'
6) Kemudian PRINT!
7) SIAP!
8) Jangan lupa bagi satu (1) salinan slip ni pada posmen yang datang collect barang tu ye
![]() |
Consignment note pos laju yang ena print sendiri dari website |
Senang je kan.
semoga bermanfaat!
-ENA-